Friday, September 12, 2008

my fav cars...




Honda Jazz n Ferrari...
kedua2nyer kete yg ak suke giler...
kalo dpt honda jazz 2 pun xpe da...
Ferrari 2 mestila jauh panggang dari api...
kalo ak da kejer nti ak akan try my best to get da honda jazz...
chantekkk beb...
design chantekk...
kalo modified lagi chantekkk gakkk....
ak rela r berkorban cket untk kete kesygn ak...
huh!
ntah la bile...
berangan jer skunk...
but i hope so i can buy dat car...
huhuhu...
insyaallah...

Friday, September 5, 2008

Kamus Loghat Pahang...


Selamat Mencuba...=)

A
Aok - awak
Ampuh - sempat

B
Babir - degil
Berderau - gotong royong
Bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih.
Berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer
Berlemin - berminyak
Biroh - gatal
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Berte'eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh ayat : mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya
Bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu?
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org...kekkeke...disebut
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut

C
Ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
Cemuih - bosan
Cenekang - kuku cekam tu le
Cekut - cakup/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cokei - cukai
Cokeng - tegak
Cakner -tak amek peduli, tak kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung

D
Dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker?
Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?
Dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ]
Dedor - suam-suam kuku

G
Gohek - kayuh
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata

H
Habat/habad - pengotor
Hantoi - lembap,slow pergerakan

J
Jabir - plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas,cth : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai (kalau tak silap la)
Jelun - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala

K
Koi - saya,aku(biasa pakai belah temerloh je)
Kair - (ke air)maknanya..pergi ke sungai.ngail
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjingkehut,kehot,kehak - letih..sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah cth:sisa -Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek
Kecah - Lecakkarang - nanti,sebentar lagicth : karang lah mok koi kupas nyour tu
Kelat - tipu (nie bukan kelat buah tau)cth ayat :tak aci sungguh main kelat
Kememe - sama cam tembe gak
Kekalu - emping dibuat dari padi pulut
Komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol.Jgn le komoih budak tu nak tido wehkobek - belek2...menyiasat ( bukan menyiasat org ye )
Kepok - tempat simpan padi
Kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
Kodi/kudi? - ketinggalan zaman
Keknya - tetapi
Ketnyer - lebih kurang walobagaimana..heee..
Kipai - letih /lenguh tangan
Kahat -(jarang digunakan)
Kenit - kecil
Kederat - upaya

L
Lat - tenggang/jarak masa
Lantak aok - suka hati awak
Lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
Lehet - dipakai bagi bagi buah labu
Lece - Tilam
Lengit - kalah teruk
Ledut - pekat
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
Lecoh - becak
Leweh - lemah longlai(cakap atau utk perbuatan)lembang(berlembang) - sepah, berterabur

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Mengelice- mengelupur
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Mereloh - tido
Meronoh - buang air besar
Membute - tido
Mencayak tu - laju sangat bawak moto
Mengelentat - mengada2 seksi
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening -benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala
Menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam,jugabermaksud berdampingan
Mengekelan - tercekik(berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - tanya orang tembeling..makna
Menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya), tp something yg merujuk kpd pergerakan badan.Bakper menggeledeng ngat ni?
Merahang - (jarang digunakan)
Masam Menaung - Masam SesangatMasam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam
Melukah - (kain yang dipakai terbuka)
Menganjing - mengada..hehe
Motong - (menoreh getah)
Mamai - emosi tak stabil(betul ke guna makna ni?)
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepam - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Malaih - malas
Mombong - penuh
Mengkane - telekung sembahyang

N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh

O
Oteing - Pening!Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni!

P
Pedooh' - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir(air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - maksudnya macam...ishh...teruknye. cthnye : pepalih awok nyape buat gitu
Podot - sumbat.cth ayat: kadir.kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni
Perintan - Keadaan,masa
Polok - gelojoh
Palor - Biar

R
Rodong/ghodong - kengkawan cth. ayat: mok..koi nok keluor kejak jumpa ghodong
Racik - jerat ayam hutan
Rhebas - hujan dah mula turun renyai2..
Ralit - kusyuk
Rege - harga

S
Sesemut -kebas kaki
Senyour- kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
Sangei - tudung sajisengkawang -(tak tau makna dia ni)
Sengkelen -duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se'eh - Kenyang yg teramat sgt.Cth : Se'ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!
Sokmo - selalu , Contoh :ler..sokmo nye aku yang kena buat..pemalas betul budak nie!
Setoho - di sana,
Seman (sebutan dengan seiman) - terkena badi/kenan.
Sepolit - tinggal sedikit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sakat -kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir

T
Tatin - angkat jemuran
Taruk - letak
Tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek , cth ayat: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie
Tertomos - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak , Cth : tok makan lagi la..kawan lapo nie,
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)U

W
Wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.

Exit Lane Community...




Kepada semua kawan2 yang mempunyai akaun Myspace...

Anda semua amatlah dialu-alukan untuk menambah 1 lagi kawan anda iaitu Exit Lane Community...
  • Yang support independent music and local acts...
  • Yang akan organize event2 terbuka or tertutup like gig2 or konsert2...

  • Yang akan mengeluarkan produk sendiri spt baju,button dll...

So, saya harap anda sume dapat mengadd Exit Lane Community di samping menyuport our local band and music....

Thank u very much...

Wednesday, September 3, 2008

Intipati Bajet 2009 'Kerajaan Prihatin'...


Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat.

Jumlah bajet
  • Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

  • Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

  • Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

  • Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

  • Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

  • Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

  • Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

  • Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

  • Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

  • Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

  • Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

  • Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

  • Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

  • Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

  • Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

  • Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan

  • Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

  • Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

  • Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

  • Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

  • Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

  • Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru.

  • Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan.

  • Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

  • Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

  • Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

  • Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

  • Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

  • Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

  • Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

  • Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

  • Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

  • K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

  • Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

  • Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

  • Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.

  • Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

  • Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

  • Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

  • Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
    Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani

  • Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
  • Elaun pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

  • Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

  • Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

Perpaduan Belum Terhakis...

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

SETIAP tahun menjelang 31 Ogos, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan dan perkara ini diketahui umum termasuk kanak-kanak.

Tahun ini, tema Hari Kebangsaan ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Persoalannya kenapa tema itu dipilih? Adakah kerana sudah terhakis semangat perpaduan di kalangan rakyat atau ia semakin rapuh. Atau tema itu dipilih kerana wujud kecenderungan setiap kaum yang kini lebih mementingkan keperluan dan kehendak masing-masing serta menafikan hak orang lain sehingga mewujudkan suasana yang menggugat perpaduan di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan, berkata semangat perpaduan di negara ini belum terhakis walaupun ada percubaan pihak tertentu yang mahu menggugat keamanan dan perpaduan dengan mengemukakan isu perkauman dan agama.

Beliau bagaimanapun, mengakui sikap keterbukaan kerajaan sejak kebelakangan ini membuka ruang kepada semua kaum untuk mengemukakan permintaan masing-masing sehingga menggugat perpaduan yang sudah terjalin, selain kemajuan teknologi dengan kehadiran blog turut membebaskan sesiapa saja untuk meluahkan rasa tidak puas hati secara terbuka.

“Perpaduan yang ada tidak terhakis, masih elok dan dipraktikkan rakyat di semua lapisan umur di kampung dan bandar seluruh negara.

“Malah, selepas peristiwa konflik perkauman di Kampung Medan, tiada lagi insiden sedemikian berlaku di negara ini yang menunjukkan perpaduan berada dalam tahap yang memuaskan,” katanya.


Beliau percaya penghakisan perpaduan tidak berlaku, namun ada sesetengah pihak yang berlagak mahu menjadi hero dengan membangkitkan isu yang boleh menjejaskan perpaduan.

Azman Amin berkata, kerajaan memilih tema ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ kerana mahu rakyat terus bersatu padu dalam apa juga keadaan sama ada ketika susah atau senang, selain membuktikan kerajaan serius dalam isu perpaduan rakyat.

“Lagipun, isu perpaduan ini perlu selalu diingatkan kepada rakyat supaya mereka tidak lupa bahawa dengan perpaduan, Malaysia diwujudkan,” katanya.

Beliau menjelaskan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, menyaksikan lima negeri dikuasai parti pembangkang turut memberi kesan kepada perpaduan rakyat kerana ia tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

“Ada pihak cuba membangkitkan isu yang mencuit kemarahan sesetengah kaum seperti isu kontrak sosial dan agama serta beberapa ketetapan dalam Perlembagaan Negara kerana merasakan diri sudah mempunyai kuasa dan berhak menyuarakan sebarang tuntutan,” katanya.

Beliau mengakui keputusan pilihan raya yang lalu mencerminkan demokrasi di negara ini berjalan dengan baik, namun menimbulkan suasana kurang selesa di kalangan rakyat yang tidak biasa apabila ada parti lain yang berkuasa di sesetengah negeri sehingga menimbulkan pelbagai isu berkaitan perpaduan rakyat.

“Kini banyak pihak yang menyuarakan pandangan dan rasa tidak puas hati kerana mereka merasakan sudah ada ruang untuk rakyat berbuat demikian. Ini yang menyebabkan berkocak sedikit di peringkat bawah walaupun hanya membabitkan segelintir kecil yang membuat protes dengan menganjurkan perarakan serta forum terbuka seperti yang dilakukan Majlis Peguam, baru-baru ini.

“Memang wujud suasana kurang selesa, namun perpaduan tidak rapuh walaupun sudah ada unsur dan pengaruh yang cuba membangkitkan isu perkauman yang boleh membawa kemarahan. Ada pemimpin parti politik yang cuba membangkitkan isu tertentu kerana mahu menduga reaksi rakyat atau yang cuba ‘test market’.

“Ada parti politik yang sengaja mahu menjadi hero dengan membangkitkan isu agama dan perkauman. Namun, kerajaan sehingga hari ini mampu menyekat tindakan nakal ini dengan mekanisme tertentu,” katanya yang mengakui kanak-kanak lebih patriotik dan bersatu berbanding orang dewasa kerana mereka tidak menilai kawan menerusi warna kulit, agama dan perkauman.

Menyedari isu perpaduan bukannya mudah terutama membabitkan pelbagai kaum dan agama di negara ini, katanya dari dulu lagi, memang ada pelbagai tuntutan dibangkitkan setiap tahun oleh pelbagai pihak.

Bagaimanapun, katanya isu perpaduan di Malaysia sama seperti air di laut ada pasang surut, gelombang dan waktu tenang.

“Apabila ‘gelombang tiba’ pelbagai isu perkauman dibangkitkan dan apabila ‘tenang’ semua kaum hidup harmoni dan bekerjasama. Mungkin sekarang adalah waktu gelombang, maka wujudlah tuntutan yang menggugat perpaduan.

“Namun, saya mahu tegaskan bahawa perpaduan di negara ini di peringkat masyarakat sebenarnya masih kukuh hanya segelintir pihak yang mengapi-apikan masyarakat dan membawa isu ini serta menunjukkan seolah-olah sudah tidak ada perpaduan di kalangan rakyat,” katanya.

Harga minyak mungkin diturunkan lagi sebelum Aidilfitri...

PUTRAJAYA: Harga minyak tempatan mungkin akan diturunkan lagi sebelum Aidilfitri, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Shahrir berkata beliau mengharapkan berita gembira itu seperti yang diharapkan rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak pada masa ini.

“Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun, walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.

“Tetapi nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya sebelum menyambut hari raya nanti, dapat satu berita yang baik.

“Jadi, harapannya ialah kalau dapat, kita lihat kepada harga pasaran ke hadapan, pasaran hadapan pun AS$110, jadi kemungkinan ia akan rendah daripada itu saya pun nak melihat juga bahawa kita akan dapat hadiah hari raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Web TV Bernama di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Shahrir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong hari ini berbanding AS$115 setong pada dua minggu lalu.

Ditanya sama ada kerajaan telah menetapkan tarikh untuk mengumumkan harga minyak baru, beliau berkata dari segi amalannya, kerajaan telah bersetuju untuk mengambil harga bagi tempoh sebulan.

Bagaimanapun, katanya pada bulan lalu, kerajaan mengumumkan untuk menurunkan harga minyak lebih awal selepas mengambil kira tentang kenaikan indeks harga pengguna dan sempena sambutan Merdeka pada bulan berkenaan.

“Jadi, Kabinet berasakan mengapa tidak, daripada kita tunggu, kerana harga minyak telah turun begitu baik pada paras yang baik, jadi kita memutuskan untuk menurunkan harga minyak pada ketika itu lebih awal daripada sepatutnya,” katanya.

Shahrir berkata keadaan yang sama dijangka akan berlaku pada bulan ini selepas mengambil kira pada bulan lalu yang berhadapan dengan sambutan Hari Kemerdekaan.

“Hari Raya pun lebih kurang sama tarikhnya, jika ada berita yang baik diharap hari raya nanti ada berita yang benar-benar baik,” katanya. - Bernama

Support Our Local Indie Band!!!














and so on...